Akaun dealonline.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Tabung Kecemasan Kebakaran Kg. Kurnia Jaya Batu 4, Tawau, Sabah


Peristiwa hitam 17 Mac 2022 | Tarikh ini akan kekal menjadi memori yang pahit dan tidak dapat dilupakan bagi penduduk Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Tawau, Sabah. Hampir separuh dari kawasan perkampungan tersebut musnah dijilat api dan memusnahkan kira-kira 700 buah rumah.






BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL
Begitulah yang dapat diibaratkan kesan kepada mangsa yang terlibat dengan kebakaran besar yang berlaku di Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Tawau yang menyebabkan mereka kehilangan tempat berteduh, kerosakan harta benda, terputus bekalan elektrik dan sebagainya.


   


 (sumber: orang awam)

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Kebajikan Al-Fateh Sabah (PKAS) telah melancarkan kutipan Tabung Kecemasan Kebakaran bagi membantu mangsa-mangsa kebakaran yang terlibat di Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Tawau, Sabah. Bantuan ini akan disalurkan kepada mangsa-mangsa kebakaran sebagai usaha untuk membantu meringankan beban mangsa yang terjejas berikutan tragedi kebakaran yang dihadapi. Diharapkan dengan adanya kutipan tabung kecemasan kebakaran ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa yang terjejas.



sumber: orang awam


KENAPA MEREKA PERLU DIBANTU DENGAN SEGERA?

    • Tiada pendapatan dan simpanan yang cukup untuk membaiki rumah

      • Kekurangan makanan dan minuman

        • Tiada pakaian bersih untuk keperluan harian 

          • Mereka terpaksa menumpang rumah orang lain 
          • Kerosakan kelengkapan rumah


          Kami mengharapkan Tabung Kecemasan Kebakaran ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat kebakaran besar. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk berganding bahu untuk membantu mangsa yang ditimpa musibah. Semoga segala kesungguhan dan usaha berterusan yang dilakukan bersama ini akan diterima Allah S.W.T sebagai amal soleh. 


          BARANGSIAPA MENOLONG ORANG MUKMIN DARI SUATU KESUSAHAN DUNIA MAKA ALLAH AKAN MENGHILANGKAN BAGINYA KESUSAHAN KELAK DI AKHIRAT.

          [Riwayat Hadis Muslim]



          sumber: orang awam




          Segala kerjasama dan keprihatinan anda untuk menderma kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sumbangan anda besar maknanya bagi mereka yang memerlukan.


          Telah diriwayatkan dari At-Tabrani katanya, Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:-

          "Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmim atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya."






          PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-FATEH SABAH (PKAS) ditubuhkan pada 25 Januari 2021 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang menjalankan projek-projek kebajikan untuk semua masyarakat setempat. 

          "Memperkasa Kebajikan, Membangun Ummah"




          Hanya 3 Langkah Mudah
          Untuk Menyumbang Tabung Kecemasan Kebakaran Kg.Kurnia Jaya Batu 4, Tawau 


          1. Pilih kuantiti sumbangan anda

          2. Lengkapkan maklumat anda

          3. Pilih kaedah pembayaran


          ***SILA AMBIL MAKLUM: PEMBAYARAN ONLINE DIBUAT MENGGUNAKAN TOYYIBPAY DAN ATAS NAMA "IKHLAS TEAMWORK TRADING"***


          Whatsapp saya