Akaun dealonline.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Dana sebanyak RM140 000 diperlukan untuk infaq pembelian van jenazah bagi warga Kota Marudu, Sabah





Pertubuhan Kebajikan Al Fateh Sabah (PKAS) telah melancarkan program sumbangan infaq untuk pembelian van jenazah bagi warga Kota Marudu, Sabah. Tujuan sumbangan ini dijalankan adalah untuk membantu penduduk Kota Marudu yang kini hanya mempunyai satu (1) buah van jenazah sahaja bagi tujuan kemudahan pengurusan jenazah. Untuk makluman, daerah Kota Marudu hanya mempunyai satu (1) van jenazah yang memberikan kekangan apabila berlaku kematian di hospital ataupun kematian di rumah dalam masa sehari yang sama. Kekurangan kemudahan van jenazah ini agak menyukarkan penduduk Kota Marudu untuk menguruskan bilangan jenazah di tempat yang berlainan. Terdapat keluarga yang terpaksa menggunakan kenderaan persendirian ataupun meminjam kenderaan pihak lain yang agak kurang bersesuaian bagi tujuan pengurusan jenazah. Sumbangan van jenazah ini akan meringankan beban dan memudahkan pihak keluarga dalam pengurusan pengebumian jenazah.




Sehubungan dengan itu, diharapkan dengan adanya sumbangan infaq van jenazah daripada orang ramai ini dapatlah membantu memudahkan pihak keluarga dalam pengurusan jenazah di Kota Marudu, Sabah sekaligus dapat mencapai objektif program sumbangan infaq ini dijalankan. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk berganding bahu bagi membantu mereka yang memerlukan. Semoga segala kesungguhan dan usaha berterusan yang dilakukan bersama ini akan diterima Allah S.W.T sebagai amal soleh. 




KELEBIHAN INFAQ

  • Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT
  • Langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t
  • Berkongsi manfaat dikalangan umat Islam
  • Bertambah rezeki dan keberkatan
  • Pahala sentiasa mengalir selama mana harta infaq/wakaf itu masih ada dan terus dimanfaatkan
  • Terhindar dari sikap keduniaan dan materialistic


Diriwayatkan  oleh al-Nasaie (3602) bahawa apabila Abu Talhah mendengar sahaja ayat 92 dari surah Aali Imran maka beliau segera untuk mewakafkan harta yang paling disayanginya iaitu kebun Bairuha’. Kata beliau kepada Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Tuhan kita meminta untuk kita mengeluarkan infak daripada harta kita, maka aku bersaksikan kamu wahai Rasulullah SAW, bahawa aku menjadikan tanah ini milik Allah SWT (untuk diwakafkan)"

JOM TEMPAH TIKET KE SYURGA DENGAN BERINFAQ!








SIAPA KAMI?

PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-FATEH SABAH (PKAS) ditubuhkan pada 25 Januari 2021 dan  merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang menjalankan projek-projek kebajikan untuk semua masyrakat setempat. 

Antara program sumbangan yang telah dijalankan untuk membantu masyarakat setempat di bawah PKAS adalah seperti berikut:

    

     


“Memperkasa Kebajikan, Membangun Ummah”



Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Program Waqaf Pembelian Van Jenazah bagi Warga Kota Marudu, Sabah


1. Pilih jumlah sumbangan anda

2. Lengkapkan maklumat anda

3. Pilih kaedah pembayaran


***SILA AMBIL MAKLUM: PEMBAYARAN ONLINE DIBUAT MENGGUNAKAN TOYYIBPAY DAN ATAS NAMA "IKHLAS TEAMWORK TRADING"***


Segala kerjasama dan keprihatinan anda untuk menderma kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sumbangan anda besar maknanya bagi mereka yang memerlukan




Whatsapp saya